Customer Loyalty Rewards (CLR)


BeadsGlamz dengan ini memperkenalkan program CLR untuk para pelanggan setia.

Kumpulkan 10 cop BeadsGlamz untuk melayakkan anda mendapatkan servis jahitan manik percuma pada pakaian anda. Tertakluk pada terma & syarat.


Terma & Syarat:
1. Setiap pasang pakaian yang dihantar untuk jahitan manik akan diberi 1 cop pada kad CLR anda. Pastikan anda mengemukakan kad anda untuk setiap tempahan yang dihantar.

2. Setelah 10 cop BeadsGlamz terkumpul, anda layak untuk mendapatkan servis jahitan percuma untuk SATU baju anda yang seterusnya.

3. Pemilihan design manik untuk servis percuma tertakluk kepada design yang telah ditetapkan. Pelanggan boleh memilih design yang telah di "short listed".

4. Servis jahitan manik sahaja percuma. Kos manik ditanggung oleh pelanggan.

Princess Arabia - Erna

Design kali ni agak lari sket dari yg saya slalu buat... finishing baju ni saya hanya gunakan acrylic stones dan diamante sahaja.
Hasilnya sangat bling bling!! Ai laik!!
Penataan manik hanya dibuat pada bahagian tangan dan pinggang sebagaimana yg diminta empunya baju..
U olls layan je la pic ni ye?




Manjalara - Siti Hazwani (My BFF)

Ini adalah persalinan pertunangan my bestfriend forever (BFF), Siti Hazwani dengan pasangannya, Hanafiah. She's a sweet and lovely gurl. Bertuah la si Hanafiah ni dapat cik Siti ni..huhuhu...
Kitorang berkawan sejak dari sekolah rendah lagi.. rasa macam baru semalam kitorang dizaman sekolah, tup tup dah tua dah masing2..hehehehe...
Terima kasih buat Siti dan Bonda kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menghiasi busana pertunangannya.
Alhamdulillah Siti & Bonda sangat berpuas hati dengan transformasi yang saya lakukan pada bajunya..moreover, tunangnya sendiri pun suka...hehehehe...kepada "cik abang" siti, lepas ni boleh la suruh Siti tempah lagi..hehehehe...
Anyway, Selamat Bertunang buat Siti Hazwani & Hanafiah. Semoga kekal ke jinjang pelamin, InsyaAllah...






Triple Sweet Roses - Kak Huda (my cousin)

Baju ni dibuat khas untuk majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Besut, Terengganu. Kak Huda is my newly wed cousin's wife.
Dia mahukan design yang simple tapi sweet. Disebabkan kain yang diberi sangat polos, maka lebih seronok saya mencurahkan idea masa menjahit manik.. hehehe..
Alhamdulillah Kak Huda sangat happy dengan baju ni. Hmm.. to Kak Huda, masih belum terlambat untuk wish "Welcome to our family!!" hehehe








Hot Pink Roses - Tailor Ina

Ni pun koleksi lapuk hehehe... ni raye punye projek, baru nak upload... pleasent viewing!!

Ranting - A.Aida

Baju ni dah berkurun siap..cuma baru diuploadkan kat sini... ntahla, semenjak 2 menjak ni agak kemalasan nak update blog...hehehehe.. biase je designnye..

anyway, enjoy da pics ye?