TIPS PENJAGAAN BAJU BERMANIK

Seperti yang saya janjikan seblum ni, an update pasal penjagaan baju bermanik...


Info ni mungkin ramai dah tahu, saya hanya nak highlight je, sebagai reminder buat beader & peminat baju bermanik supaya manik2 di baju anda lebih tahan lama.... bukan ape, dah tempah jahit manik mahal2, tapi tersalah handle baju tu trus rosak manik2 tu.. tak ke sakit hati & membazir namanye? tak gitu u olls?? :)


TIPS PENJAGAAN BAJU BERMANIK :


1- BASUH TANGAN!! Jika fabrik anda adalah 'washable'. Kalo kain yang tokleh basuh tu, macam korean silk ke, tak dapek den nolong. Terpaksa la pi hantar dryclean ye u olls. Hanya celup & cuci kawasan kotor aje. Kat bahagian manik tu tak payah tonyoh2 sangat ye. Kalo nak rendam, make sure rendam sekejap je, jangan biar sampai semalaman... sebab takut sabun tu effect manik2 kita nanti, especially sequins.



Satu lagi yg saya nak remind, selagi baju tu washable, rajin2kan diri utk basuh dgn tangan ye? kalo anda sayangkan manik2 dibaju anda tu. Sebab sesetengah org agak malas nk basuh tangan, end up hantar dobi utk di'dry clean'kan. When it involves chemical, of koz manik2 anda tak dapat bertahan seperti baju yg dibasuh tangan.. :)



2- Untuk pakaian yang DRY CLEAN, make sure dobi yang u olls hantar tu boleh handle baju bermanik, especially labuci & acrylic stones. Saya highlight ni sebab sesetengah chemical yg digunakan semasa proses drycleaning tu agak kuat, hingga mampu mencalar / mencairkan manik, especially labuci & acrylic stone.



3- Sebolehnya semasa proses merendam & membasuh, gunakan liquid detergent instead of serbuk. Sebab liquid detergent ni agak lembut & 'manik friendly' berbanding yg serbuk. Hehe * sorry guna istilah yg kelakar & sesuka hati*



4- Jemur baju anda ditempat yang teduh & secara terbalik. Perah secara lembut aje, jgn perah dikawasan bermanik ye u olls!!



5- Sebolehnya gosok pakaian secara terbalik & pada tahap kepanasan yg sederhana. Jangan tekap iron directly ke kawasan bermanik. Sebaiknya lapik kawasan bermanik tu dengan kain sebelum menggosok.



6- Jangan spray perfume directly pada kawasan bermanik. Sebab takut alkohol dalam perfume tu boleh mengikis lapisan luar labuci & kristal anda. Lebih baik berjaga2 kan?



InsyaAllah kalau u olls amalkan semua perkara diatas, manik2 dipakaian anda akan lebih tahan lama. Amalkan tau!!


0 comments:

Post a Comment